The Founder

Foto saya
hi i'm Fiera, 17 years old (2013) . I love to watch Hannah Montana on Disney , that's why i called myself Fiera Montana.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Syukur!!!

hai. hari ni fiera baru nak update pasal permata pintar negara
nak masuk PPN ni kita ada 2 ujian. ujian pertama diadakan di rumah sendiri, yang kedua diadakan di pusat peperiksaan dia.

fiera buat je la ujian ukm 1 PPN ni., tak rasa fiera boleh lepas ujian ni, sebab macam susah je. lagipun fiera buat sambil baring-baring la,makan la, *maklumlah,buat dekat rumah.
ramai juga budak kelas fiera yang buat ujian 1.
lama lepastu ada cikgu beritahu yang fiera berjaya lepas ujian 1. yang terperanjatnya, hanya fiera sorang je kat sekolah tu yang berjaya.macam tak percaya je.al maklumla, fiera bukannya antara orang yang cerdik kat kelas fiera. ALHAMDULILLAH , fiera berjaya.

then, fiera kena buat ujian 2 pulak untuk menyertai kem akhir tahun. tapi kali ni bukan buat dekat rumah, tapi buat dekat pusat peperiksaan dia. kalau area nilai, fiera kena buat dekat sekolah KLIA . whoo! takut gila woo.,mana taknya, kalau kat rumah boleh la baring baring, makan-makan, tapi kali ni kena duduk atas kerusi dan diperhatikan.haha,. lagi 2 minit nak tamat masa, baru fiera siap.fuh!

after that, fiera kena tunggu keputusan keluar je la.

bila result dah keluar, tiba-tiba rasa gerun,mana taknya, kalau tak dapat, mesti malu, mesti ada orang kata fiera tengok kamus la ,itula,inila,  waktu buat ujian 1 dulu. sebab utama ujian 2 diadakan bukan di rumah adalah kerana untuk memastikan kitaorang tak meniru.

ok! waktu dah buka web http://www.permatapintar.edu.my/ , fiera berpeluh tau nak tekan butang "klik di sini".

dengan iringan doa, fiera pun klik "klik di sini"


 omg!! ALHAMDULILLAH ,syukur...., fiera berjaya yes yes yes.*rasa macam nak menangis je

:) 

kata kau !!!

 assalamualaikum=)
 
 okey! dalam kehidupan seharian kita pasti semua orang bercakap.tetapi cara percakapan kita
bagaimana? fiera kalau hari-hari cakap dengan kawan, fiera gelarkan diri fiera "kita".
 
KITA!! ramai juga kawan fiera yang menegur fiera,kenapa guna "kita"? 
jujurnya, fiera sebenarnya dari kecil lagi hanya menggunakan "kita" je.family fiera tak pernah ajar 
fiera n adik-adik cakap "aku". tu yang terbiasa sampai besar ni. kalau kita tengok hampir
semua orang menggelarkan diri sendiri menggunakan "aku" . 
 
fiera pernah jugak cuba cakap "aku". semua kawan-kawan fiera ketawa. diorang kata 
"aku" memang tak sesuai untuk fiera. hanya "kita" je . boleh pulak macam tu.haha.

tapi memang fiera tak boleh cakap "aku", nanti slang dia jadi lain. jadi macam budak baru belajar 
bercakap.

fiera= kita nak pergi kedailah
fiera= aku nak pergi kedailah 
 
haha, fiera punya dialog seharian memang yang warna biru tu. 
  
itupun ada orang kata "eeei...,gelilah.apa kita kita ni"
but, siapa kisah.haha. 

demam campak

 hari ni fiera blogwalking. then fiera jumpa satu web ni, web ni bagus sangat-sesangat sebab blog ni ada menerangkan cara-cara mengubati sesuatu penyakit secara tradisional. orang kata ubat cara tradisional ni lebih mujarab dari ubat pil. yup!kata-kata itu betul sangat-sesangat.dulu waktu kecik fiera pun pernah kena demam campak. fiera amalkan petua orang dulu. Syukur! semuanya okey.,tapi kalau kita kena teruk sesuatu penyakit, perlu sangat-sesangat kita berjumpa dengan doktor.
 
Setiap orang dikatakan akan terkena penyakit demam Campak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Demam yang tinggi serta tidak turun suhunya diiringi dengan batuk dan sakit perut, adalah antara simptom demam Campak. Selepas demam reda, bintik-bintik merah yang gatal akan keluar pada kulit. Pastikan cepat mendapatkan rawatan doktor kerana jika demam terlampau tinggi suhunya boleh membahayakan nyawa. Walau bagai mana pun anda boleh mencuba beberapa petua di bawah untuk cepat menyembuhkannya. anda dinasihatkan untuk mengelak daripada terkena titisan hujan.


Petua Cepat Menyembuhkan Campak

* Makan aspirin seperti diarahkan. (Demam dikatakan akan sembuh dalam masa sehari)

* Makan sup ayam. Bintik-bintik akan keluar dengan cepatnya dan cepat sembuh.

* Minum air kelapa adalah amalan orang tua-tua dahulu untuk cepat sembuh

* Menyapu badan dengan air perahan daun mambu. Demam campak akan mengeluarkan bintik-bintik merah yang menggatalkan.

* Minum air limau dengan banyak

* Mandi air rebusan barli, dapat mengurangkan kegatalan.

source= http://kuchintaantik.blogspot.com/

Khamis, 27 Oktober 2011

Pre-Loved Party di Old Blossom

marilah kita beramai-ramai datang ke Old Blossom ahad ni, jumpa anda di sana.
ni alamat kedai Old Blossom=





jumpa anda di sana :)

real steel

hai ! ok, update kali ni sebenarnya dah lama fiera nak update, tapi still tak diupdatekan jugak sampailah hari ni. hari tu fiera pergi tengok real steel. OMG! cerita ni best giler gitu. cerita ni wajib tonton tau.memang best gila. selama ni kita tengok movie kisah orang bertinju, tapi kali ni kita tengok kisah robot pula bertinju.
ni la trailer dia

permainan bola jaring


Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara



Seperti bola keranjang, bola jaring dimainkan sama ada di gelanggang yang keras atau lembut dengan gelung atau "rings" pada kedua-dua hujung.
Gelanggang ini lebih besar berbanding dari gelanggang bola keranjang, menjadi 30.5 m panjang dan 15.25 m lebar. Garisan yang lebih panjang dikenali sebagai "garisan sisi" dan garisan lebih pendek dikenali sebagai "garisan gol" atau (base lines). Tanda-tanda gelanggang tidak lebih lebar daripada 50 mm. Gelanggang adalah terbahagi kepada tiga bahagian yang mengawal di mana setiap kedudukan individu yang dibenarkan bergerak.
Satu "bulatan tengah" berdiameter-90 cm adalah terletak di tengah gelanggang. Pada setiap hujung gelanggang terdapat "shooting circle" atau "bulatan gol" separuh bulat berjejari 4.9 m di mana semua jaringan gol mesti diambil di situ. Tiang gol adalah 3.05 m tinggi dari bahagian atas gelung sehingga ke lantai dan tidak mempunyai papan penghadang. Gelung mempunyai dimeter dalaman 380 mm dan terletak 150 mm dari tiang gol. dan diperbuat daripada besi berdiameter 15 mm. Kedua-dua ketinggian dan diameter bagi gelung adalah lebih kecil daripada gelung bola keranjang. Ia adalah berkemungkinan untuk bermain bola jaring menggunakan gelung bola keranjang tetapi jika terdapat mana-mana sentuhan antara bola dan papan hadang, bola itu adalah dianggap luar permainan. Jika satu gol dijaring dari papan penghadang ia tidak dikira. Beberapa versi peraturan membenarkan satu gol dijaringkan daripada satu lantunan papan penghadang jika pemain yang dapat menangkap bola tanpa terkena lantai.

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside".

========================================================================

dulu fiera pernah join main bola jaring,tapi tu waktu darjah 6 la, waktu tengah aktif.bila dah besor malas bebeno nak join. setiap hari fiera datang training kat sekolah . bola jaring ni memang best,tapi lagi best kalau pemain dia tinggi.fiera takdelah tinggi manapun.kembar fiera pun dapat masuk team bola jaring.

fiera ingat lagi,waktu mula-mula cikgu nak pilih orang, fuhh! ramai gila nak join.tapi syukur,akhirnya fiera dengan kembar fiera pun terpilih.lama juga cikgu nak pilih orang,sampai ke tengah hari sebab ye la,dah ramai sangat yang hebat-hebat datang ke uji bakat *fiera perasan ada bakat je*

hari-hari datang training practise untuk wakil sekolah.
pratise punya practise, banda paling best dalam bola jaring bagi fiera bila kita dapat jaringkan bola.woah! memang lari satu padang la dengan perasaan banganya.haha.seronok babe

fiera mula-mula dapat main di posisi WA "wing attack",
tapi bila game sebenar cikgu suruh fiera tukar jadi simpanan .tapi fiera tak kisah sebab fiera tengok group yang kitaorang kena lawan macam memang fiera tak boleh lawan la group tu.



 peace no war!!!
  

pegang bola pun jadilah.hikhik


awek-awek cun yang main bola jaring

 

bye!!!!! :)

Selasa, 25 Oktober 2011

movie sector 7

hari tu, fiera pergi tengok cerita sector 7. fiera tak tau nak terangkan sinopsis cerita tu macam mana.search kat google je ye.sorry. tapi takpe, mai kita tengok trailer dia


cerita ni bagi fiera best la jugak.tapi ada juga la kekurangannya.
kat bawah ni apa yang fiera pakai.fiera pakai ala-ala korea sebab cerita ni cerita korea....tehehee
sama tak dengan style korea?


Rabu, 19 Oktober 2011

Sambutan Hari Raya di sekolah 2011

pada bulan raya dulu, sekolah fiera ada buat sambutan raya...semua pelajar bebas pakai baju raya masing-masing atau baju tradisional  pada hari yang disambut. sebagai seorang wanita (cehhhh), susah jugak nak fikir nak pakai baju kurung apa. mestilah nak melawo gitu...., fikir punya fikir akhirnya fiera dapat idea untuk  mix & match baju kurung raya fiera dengan adik-adik fiera. baju fiera ambik baju kurung adik, kain putih fiera ambik kain baju kurung twins fiera.ok! sekarang cerita pula pasal hari sambutan.waktu sambutan tu memang best. mula-mula, pagi kitaorang belajar dalam kelas dulu.sambutan diadakan lebih kurang pukul 10 pagi. kitaorang dalam kelas belajar sekejap je, lepastu apa lagi, berposing la....tehehehe:)


awek-awek cun. :)

 

ni semua kawan baik fiera F.A.F.E ., lepas menikmati nasi impit, mihun sup dan kuih muih, kitaorang pun berposing sekali lagi....muahahahaha  . yang kat belakang tu semua tengah beratur nak ambik makanan.tapi fiera makan sikit je,ikutkan hati nak tambah banyak kali,tapi tak dapat.



ha! ni la baju kurung yang fiera pakai....,pandai tak fiera mix n match kan baju. yang pleated skirt tu fiera beli dekat OBB :)....,oklah, that's the end of this story,....bye n good night :)

The Boys album

12 tracks from the album "The Boys" by Girls' Generation
worldwide release =  19/10/2011














The Boys (ENG vers.) with lyrics

 this is "the boys" music video , and i put the lyrics at the bottom. :).....







[All] I can tell you're looking at me
I know what you see
Any closer and you'll feel the heat
[Jessica] GG
[All] You don't have to pretend that you didn't notice me
Every look will make it hard to breath
[Jessica] T R X
[All] Bring the boys out

[Tiffany] Yeah~ You know~
[All] Bring the boys out
[Tiffany] We bring the boys out (x2) Yeah~
[All] Bring the boys out

[Taeyeon] Soon as I step on the scene
I know that they're probably watching me~ watching me~
[Tiffany] Get up
[Yoona] Imma be the hottest in this spot
There ain't no stopping me~ [Tiffany] That's right [Yoona] stopping me~

[Sunny] I know life is a mystery
I'm gonna make history
I'm taking it from the start
[Seohyun] Call an emergency
I'm watching the phone ring
I'm feeling this in my heart~ my heart~
[All] Bring the boys out

[All] Girl's Generation make'em feel the heat
[Yuri] And we do it and we can't be beat
[All] Bring the boys out
[Sooyoung] We're born to win
Better tell all your friends
'Cause we get it in
You know the girls
[All] Bring the boys out

[Jessica] Wanna know my secrets
From them I'll never tell
'Cause I got them magic
Touch them
Imma try and I fail
That's right
[Sunny] Yeah right
[Jessica] That's right
[Sunny] Yeah right
Come tonight
I know I can fly

[Seohyun] I know life is a mystery
I'm gonna make history
I'm taking it from the start
[Taeyeon] Call an emergency
I'm watching the phone ring
I'm feeling this in my heart~ my heart~
[All/Taeyeon] Bring the boys out

[All] Girl's Generation make'em feel the heat
[Tiffany] And we do it and we can't be beat
[All] Bring the boys out
[Hyoyeon] We're born to win
Better tell all your friends
'Cause we get it in
You know the girls
[All] Bring the boys out

[All] Girl's bring the boys out
[Yuri] I wanna dance right now
We can show them how the girls get down
[Yoona] Yes we go for more wins in a row
No1 everyone should know
Check this out

[Hyoyeon] All the boys (x2) want my heart
Better know how to rock in their stop
[Sooyoung] Oh G
We make you so hot
Girl's Generation we won't stop
[All] Bring the boys out

[Jessica] It's not a fantasy
This is right for me
Living in like a star
[Taeyeon] Can't get the rest of me
Imma be what I wanna be
This is deep in my heart~ my heart~

[All] I can tell you're looking at me
I know what you see
Any closer and you'll feel the heat
[All/Taeyeon] Just bring the boys out
[All/Seohyun] You don't have to pretend that you didn't notice me
Every look will make it hard to breath
[All] Bring the boys out
[Jessica] 'Cause now
[All/Jessica] Girl's bring the boys out (x4)

[All] Girl's Generation make'em feel the heat
[Sunny] And we do it and we can't be beat
[All] Bring the boys out
[Tiffany] We're born to win
Better tell all your friends
'Cause we get it in
You know the girls
[All] Bring the boys out

ha! ni la lyric lagu dalam video the boys (english version) by girls' generation :) hope you like it

Girls' Generation new album-the boys

punyalah lama fiera tunggu snsd keluarkan album baru, akhirnya keluar jugak , tak sabar nak beli tehehe :).... dalam album baru ni ada lagu yang teddy ridley buat...,alaa,teddy ridley dulu pernah cipta lagu untuk M.jackson. fiera minat gila dengan group ni, lepastu dengar-dengar tahun depan snsd datang malaysia....,wah!!harap-harap betul dan fiera dapat pergi konsert diorang. girls generation ni famous dengan lagu gee,hoot,oh! dan banyak lagi...album dia fiera tak cari lagi kat kedai tapi search kat youtube je, tengoklah= (siapa yang minat snsd juga
*high 5* .....)

Girls' Generation 소녀시대_THE BOYS_Music Video Teaser 2(ENG ver.)





Girls' Generation 소녀시대_THE BOYS_Music Video (KOR ver.)




Girls' Generation 소녀시대_THE BOYS_Music Video (ENG ver.)

 

 snsd ada 9 orang ahli ,diorang semua ni memang pandai menari....,setiap ahli mempunyai sifat tersendiri.... fiera harap lepas ni diorang selalu lalulah buat album dan lagu yang best-best....SNSD!

Isnin, 17 Oktober 2011

open house 2011

hari raya tak lengkap kalau takde open house, tahun ni zue dia buat open house....
fiera pergi dengan kawan-kawan fiera yang lain

banyak jugak makanan yang dihidangkan ...yum yum...ada nasi lemak, kuew teow dan macam -macam lagi,.
paling best,kitaorang menikmati hidangan sambil menonton hindustan gitu :)




 ha! ni la tuan empunya rumah, zuhairah...:)....rock n roll babe


Isnin, 10 Oktober 2011

The reality of Penunggu Istana

 


Trailer:






sinopsis filem penunggu istana: 
Filem Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Billah, istana tua yang terbiar di Perak.

Pada Februari 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ.

Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.


 
1.seriously Fiera cakap,lepas Fiera tengok cerita ni,Fiera n adik menangis....,asyik memikirkan nasib lagi  
   seorang budak yang bernama sara yang masih hidup sebelum cerita habis...
2.cerita ni memang nampak macam real n tahniah kat semua yang terlibat lah
3.nak tau macam mana fiera tau cerita ni hanya rekaan...

bacalah.....=




ok! ni twitter adik fiera...,dia kata FOLLOW dia ye kalau anda minat group girl's generation(snsd)...
kuikuikui....:D
dia tweeted dekat sara ali,dekat budak yang masih hidup...
ni jawapan Sara Ali
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
misteri hampir terbongkar,tunggu jap:)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
nak dekat dah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
100% loading.....

KEBONGKARAN SEBUAH MISTERI


hehe,aduihhh seriously cakap,punya la fiera heboh kat satu sekolah cerita tu "REAL"!
tapi tak pela....Alhamdulillah semua ni tak real:)
well done Filem Penunggu Istana!!!!!


PWTC 2011

Due to the National Book Fair 2011 event at PWTC.
a big thank for my grandparents because were willing to bring
me and siblings to the event. 
Actually, Fiera dah datang situ ikut school trip
but i bought nothing because can't think as well on that day!
So, fiera begged dekat grandpa and berjaya juga!

The most  bookshop that fiera love is...

KEDAI PINK AIN MAISARAH





Gambar bawah ni fiera ambil time beratur. Gambar cardboard die, memang superb!Line Memang panjang



Me and kak Ain Maisarah!!! Firstly, die punye couch memang gile-gile cantik yo!
Kalau kak Ain pakai pink, dah confirm sedondon ngan fiera! hihi.. :)

Both of us posed with my graffiti of Ain Maisarah. Special for her.
Okay tak? boleh tempah lah korang lepas ni... :D


For your information, tema kedai buku kak Ain ialah, Blue+Pink..
::Kenapa tak cakap awal-awal...kalau tak, confirm fiera pakai memang serba Blue and Pink! -_-..

So, that's the end of this story... Peace yawww :)

jumpa eric fuzi


waktu ni kat jusco balakong....,mula-mula adik yang perasan ada eric fuzi kat tempat duduk(ruang menunggu),kitaorng ada kat kedai depan tu,,tapi disebabkan kitaorang ni seorang yang pemalu(cehhh),kitaorng wat buat tak tau je la...,pastu kitaorang pun jalan-jalan kat kedai lain,....sekali eric ada kat tepi kedai tu(keseorangan)..so..,apa lagi....:ambiklah gambar :)
eric fuzi waktu ni tengah famous sebab berlakon cerita qalesya sebagai gagap tak silap
sebenarnya dah banyak cerita dah dia berlakon....

model reject shop

jalan-jalan dekat metro kajang shopping mall..., pastu singgah la kejap dekat reject shop, kebetulan kedai tu macam ada tempat yang biasa orang letak patung tu, tapi kat situ kosong, jadi apa lagi = 
                                
 
lek luu....kita yang tukang ambik gambar terpaksa tebal
muka nak tangkap gambar adik2...hahaha

haha..."ayah-ayah,kak long berkenan la dengan jaket pink yng dekat patung boy tu"



teringat waktu nak tangkap gambar ni....,semua orang yang lalu lalang kat situ pandang je...
haha...itulah kami,the happiest siblings in the world :)

 

kerja kursus geografi 2011

setiap tahun, budak- budak pmr pasti kene buat kerja kursus.hari ni kita nak share la apa yang kita berjaya buat.tapi tak semua la fiera tunjuk,ni pun dah kira 75%. tahun ni untuk geografi dia ada bagi 2 tajuk,kita pilih satu, fiera pilih tajuk pasal " pencemaran alam sekitar" , fiera punya takdelah lengkap manapun, tapi bolehlah....dengan penat lelah=

=======================================================================
SENARAI  KANDUNGAN

     TAJUK                                                                                                              HALAMAN
1.      Penghargaan
2.      Pendahuluan
3.      Objektif Kajian
4.      Kawasan Kajian
5.      Kaedah Kajian
6.      Dapatan Kajian
7.      Rumusan
8.      Lampiran
9.      Rujukan
=======================================================================

PENGHARGAAN


Alhamdulillah dengan berkat usaha saya serta bantuan daripada beberapa pihak,

 akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada:

·         Guru Geografi saya, Puan ____________ kerana telah membimbing serta menunjuk

 ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

·         Ayah saya, ______________________ kerana telah membantu dari segi kewangan

dalam menyediakan kerja kursus ini.

·         Rakan saya, _____________________dan _______________________________kerana telah menyokong saya dari belakang serta membantu saya mencari maklumat sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhirnya, dengan berkat bantuan kalian semua,saya dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Sekian terima
kasih.
=======================================================================

PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
 Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar.
 Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang
 mempunyai pencemaran alam sekitar.
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana kawasan yang saya pilih amat terkenal dengan
pencemaran alam sekitarnya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari
 sehingga bulan Julai iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang
lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya
 kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan pencemaran alam sekitar tersebut

=======================================================================

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-obkektif kajian yang telah saya jalankan:-
·         Mentakrifkan konsep pencemaran alam sekitar
·         Menyata dan menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar
·         Menyata dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar
·         Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
·         Menghuraikan cadangan untuk  mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
Saya juga bersyukur kerana ramai penduduk prihatin untuk mengatasi masalah alam sekitar di
kawasan petempatan.
=======================================================================

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam – perbuatan
 mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

8.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran udara


Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang

 mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta

benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon

Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa

campuran bahan-bahan ini

Di kawasan petempatan kajian saya,iaitu ___________,dapatlah dijelaskan punca-punca

utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada kerja-kerja pembinaan,industri atau

 kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.


Pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan

telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi

 dan keinginan masing-masing.

Di kawasan kajian saya , pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang,

kenderaan-kenderaan, alatan eletronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari

 kilang yang bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak tenteram dan selesa.

8.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya
elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
 menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik,
bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
 Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang
berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala industri logam pula bertanggungjawab
mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar,
terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan
boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,
pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan
mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas
ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi
yang tinggi. 
 
2. KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan
keretapi. . Di _____________, ramai orang yang menggunakan kenderaan untuk ke tempat
kerja supaya cepat sampai. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang
menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat.

3. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan
 perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja
 menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair
 penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya
 menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga adalah punca pencemaran udara.

4. PEMBAKARAN TERBUKA

Ramai penduduk di kawasan _____________ kebanyakannya suka membuat kebakaran
terbuka. Ianya kerana, supaya pemandangan di ____________nampak cantik tanpa
longgokan sampah. Tetapi keadaan itu boleh menyebabkan pencemaran udara. Kadangkala
 para jiran berasa agak kurang selesa kerana ianya mengeluarkan bau yang busuk dan boleh
memedihkan mata.

8.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1.Masalah Pendengaran Manusia



Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga
Secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB,
selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan
ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi
kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan
 pendengaran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara
perlahan-lahan .
Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan
darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran
 pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan
mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.

2.Menggangu Persekitaran


Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu

 persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi

menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta

 hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke

habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi

masalah kepada manusia juga.


3.Kesan Terhadap Lapisan Ozon


Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi 
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau
 CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
 menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke
bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.


 4.Kejadian Hujan Asid


Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan
oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Ianya
berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindak balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi
asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke
 tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

 5.Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global


Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh

warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh lapisan
 ozon yang semakin nipis yang meningkatkan kenaikan suhu.
8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM     
      SEKITAR

1.KEMPEN ALAM SEKITAR
Pihak sekolah atau pihak berkaitan hendaklah mengadakan kempen bagi menyedarkan orang
ramai tentang pentingnya alam sekitar. Selain itu,kempen juga bertujuan untuk memberi
informasi yang cukup tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dan mewujudkan
persekitaran yang sihat.

2.KUAT KUASA UNDANG-UNDANG
Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mendirikan kilang dengan teliti. Pihak
kerajaan harus memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan
kilang atau industri yang berbahaya atau yang boleh mencemarkan alam sekitar. Ini penting
kerana buangan industri seperti bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan pencemaran bunyi
 boleh mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.
.
3.MENGGUNAKAN SUMBER ALTERNATIF YANG LAIN SEPERTI TENAGA SURIA,KUASA ANGIN ATAUPUN  KUASA OMBAK.

Stesen-stesen janakuasa di Malaysia dan kenderaan motor menggunakan bahan api seperti gas
asli, disel dan batu arang. Permintaan yang tinggi untuk elektrik menyebabkan stesen-stesen
jana kuasa beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang melepaskan sulfur dioksida.
 Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala kehidupan di bumi. Langkah paling bijak
adalah dengan mencari sumber alternatif seperti tenaga suria, kuasa angin ataupun kuasa
ombak yang tidak menjejaskan alam sekitar kita.

4.MENGEKALKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN

Dalam keghairahan menjadi negara industri, Malaysia tidak patut mengabaikan masalah
penebangan hutan. Negara-negara maju telah memusnahkan sebahagian besar hutan simpanan
 mereka sehingga kawasan tadahan mereka telah berkurang. Pengurangan kawasan tadahan
ataupun hutan simpanan bukan sahaja telah meningkatkan suhu, malahan menimbulkan
masalah kekurangan air bersih. Dengan mengekalkan kawasan hutan simpanan,
 kawasankawasan tadahan air adalah terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan
hujan. Selain itu, pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh di
tapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan perumahan. Selain
membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap karbon dioksida dan membantu
dalam proses pemeluwapan.

=======================================================================
PENUTUP


         Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap
dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah
 antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera
sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan hidupan lain saling berkait untuk terus
hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan
dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.
                  Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan
keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini,dunia mungkin akan menjadi semakin
kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak
langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.
                  Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan
pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa
sekarang.
=======================================================================
melalui benda ni pun fiera boleh ambil iktibar...
jadi, jagalah alam sekitar kita dengan sebaik-baiknya
"SHARING IS CARING" :)