The Founder

Foto saya
hi i'm Fiera, 17 years old (2013) . I love to watch Hannah Montana on Disney , that's why i called myself Fiera Montana.

Jumaat, 16 Disember 2011

hari di permata pintar negara

salam...dah lama fiera tidak mengupdate apa-apa  dekat blog montana ni kerana selama 3 minggu lepas fiera pergi ke perkhemahan cuti sekolah permata pintar negara. pengalaman fiera kat sana memang best gila...,oklah ! sekarang fiera nak cerita pasal pengalaman fiera dekat sana...

* hari pertama(20/11/2011)

fiera datang ke ukm menaiki bas yang disediakan oleh JPN. sampai di ukm kitaorang semua kena daftarkan diri, jujur fiera cakap, waktu first day tu memang fiera pendiam gila ...,segan nak cari kawan...,then, lepas daftarkan diri fiera dapat bilik no 5**. lepas masuk bilik,wow! selesanya bilik ni , tak macam perkhemahan pun..,tapi, memang selesa gila2.sekarang fiera kena tunggu siapa rakan sebilik fiera. petang sikit baru dia sampai. OMG!!!! rakan sebilik fiera ialah razana gitu..., best friend fiera.razana ni last year (2010) kitaorang satu kelas, tapi tahun ni dia pindah shah alam.kitaorang memang terkejut gila,,,,dah la kitaorang dapat satu course(green technology)  pastu satu bilik pulak tu...yess!!

waktu pendaftaran ,fiera dapat baju permata warna hijau n payung serta topi.

sepanjang hari fiera asyik bertiga dengan razana n hanina , seorang kawan yang baru fiera kenal dekat dalam bas tadi.dekat ppn ni ada lagi seorang yang fiera memang dah kenal iaitu najihah zulkifli, dia ni satu sekolah dengan kembar fiera, kitaorang memang dah kenal la...,lepastu kebetulan dia pun dapat satu course dengan fiera ....yea!!

pada malam tu ada sesi perkenalan bersama instruktur bagi setiap course. ada seorang instruktur ni muka dia sama macam guru kat taman semarak nilai, sekolah fiera. sebijik gila-gila. maybe sepanduk dua rupa kot.

fiera tak sabar gila-gila nak masuk kelas hari isnin dan mula belajar serta jumpa kawan baru
razana n me

*hari-hari di kelas

first day waktu dekat kelas fiera rasa exicted gila.fiera dapat masuk kelas gtech2. lepas tu,guru yang fiera kata muka dia sama macam dengan guru dekat taman semarak adalah orang yang sama iaitu cikgu redwani. dalam kelas gtech jugak ada  TA iaitu sir taufiq.then, fiera pun berkenalan dengan pelajar-pelajar dalam kelas gtech2. tiba-tiba hari first day tu jugak kitaorang kena buat pre test. fiera pun pakai hantam sajalah sebab soalan-soalan tu fiera tak tau apa-apa pun.

tiga minggu kat PPN macam-macam pasal gtech fiera tau.banyak ilmu baru yang fiera dapat :)



bermacam-macam aktiviti dan experiment yang kitaorang buat sepanjang tiga minggu, first week kitaorang buat experiment tentang renewable energy , kebudayaan dan bermacam lagi.
bermula dari kebudayaan lah gtech2 menjadi semakin rapat dengan gtech1. kami practise cheers dan reka banyak-banyak cheers. bermula dari hari itu kami menjadi course yang paling femes.tehehe.antara cheers kami ialah

dangdut

- "aku cinta sama gtech ma"
- "100 percent, gtech ku....."
- " gtech terbaek....gtech terbaek ah!ah!"

nada kat atas ikut nada dangdut.sebenarnya banyak lagi cheers yang kitaorang buat  di ketuai oleh dekwan. suara dia kuat oowhhh....setiap hari kitaorang buat cheers ,la la dekwan sampai sakit tekak n takde suara , kesian dia....,ish3....


minggu kedua fiera dah dapat ramai kenalan baru. then, dekat kelas, kitaorang ada buat lawatan dan buat model bangunan teknologi hijau.group fiera dalam buat bangunan teknologi hijau ialah dzaqwan,razana n fiera sendiri.kitaorang kena buat green cafe.penat woo! tapi atas usaha kitaorang dan pertolongan cikgu-cikgu, akhirnya kitaorang berjaya siapkan model bangunan green cafe....





*ekspo permata di KLCC

pada hari sabtu 10/12/2011 , kitaorang ada ekspo permata di KLCC,kat ekspo ni ada  pameran tentang permata  pintar, permata seni n banyak lagi. memang best coz kitaorang ada booth kitaorang sendiri,...,then dekat booth kitaorang ada TV, jadi kitaorang tayangkan gambar-gambar gtech yang dekat dalam kelas and projek model kitaorang




*lawatan ke ECO resort

pada 11/12/2011, course gtech menyertai satu lawatan ke post betau,pahang dibawah DR Arif.tempat ni adalah tempat kediaman orang asli.dekat tempat tu macam-macam aktiviti kitaorang buat seperti menyumpit, naik lori,makan atas daun pisang.

mula-mula sampai kitaorang dihidangkan dengan tropicana dan pisang...diorang masak guna kayu api je tau.lepastu kitaorang tengok rumah yang diorang bina selama 28 hari menggunakan buluh.fiera dapat masuk dalam rumah tu.memang kukuh. then, kitaorang makan tengah hari menggunakan daun pisang sebagai alas. after that, kitaorang diajar cara menyumpit dan boleh mencuba.memang best tengok diorang menyumpit ni!!









seterusnya kitaorang dibawa menaiki lori untuk dibawa ke kebun koko n pokok pisang.first time fiera tengok rupa buah koko.n waktu naik lori tu memang best gila.angin sempoi-sempoi bahasa ,.... rasa macam berada dekat atas kapal titanic je :P ....





lepas habis lawatan dekat kebun ni, tiba-tiba DR Arif buat kejutan, DR bawak kitaorang pergi Cameron highlands.....Yeay gila-gila.best woo kalau kita pergi cameron dengan kawan. dekat sini, fiera thanks gila-gila dekat shahrul sebab belanja kitaorang 30 sen nak masuk toilet.haha :D then, fiera ni kalau pergi mana-mana , benda yang comel n berwarna pink akan menjadi perhatian fiera. ada satu kedai ni jual topi n scarf 1 set warna pink,offer murah pulak tu.apa lagi, fiera beli lah....tehehe :)


bantal yang jihah n dhirah bagi pinjam untuk bergambar tehehe

LOL :D




*malam talent time

malam talent time ni adalah malam terakhir gtech bersama, even kitaorang gembira untuk talent time, tapi dalam hati sayu je nak tinggalkan gtech. malam talent time ni gtech kena bergabung untuk buat persembahan dengan biotech. kitaorang buat 3 tarian, iaitu retro,kotemporari n bollywood. lepastu safwan n the gang ada buat surprise, diorang buat persembahan nyanyi 2 lagi lagu iaitu teman sejati dan bila aku sudah tiada.korang tengok je la gambar, sedih la bila nak type nak ingat balik kenangan waktu malam tu :'(







ok! sampai di sini sahaja cerita fiera kali ini. fiera harap dapat jumpa balik kawan-kawan n cikgu-cikgu yang ada dekat PPN...
ok! sekarang fiera nak cerita pasal group gtech=

gtech 1
nadhira= budak gtech comel yang pertama kita kenal dekat dalam gtech selain razana
razana= wah! dapat satu course,kelas,bilik dengan razana...jangan jeles!!!....
shafiqah=  kita harap awak sihat selalu and dah tak angau dengan "A" tehehe
izyani= budak yang suka dukung kita. well, my badan kan ringan ...='=...hahahaha
shasha= dia ada bibir yang comel!!
adila= rindunya dengan hah!apa! dila.....
shuba= gelek seyh....
ashu= si ashwara rai malaysia
junaid= si peminat korea.rindu kamsahamida(macam tu kot ejaan) junaid
jing yi= pandai menari gila-gila. lagi-lagi lagu korea sama macam junaid
dzaqwan= bestfriend baru ...yeay!
safwan zulfazli= wah!tinggi, and pandai gila-gila
safwan ibrahim= selalu buat cheers sampai takde suara.hehe.
hidayat= kalau dayat azan memang sedap, n setiap pagi tunggu lawak apa yang akan dayat buat.tehehehe.

gtech2

jihah= lepas ni jumpa kat sbpi sabak bernam ye :)
dini= boleh ganti aznil nawawi bila dah besor.smart la dini waktu jadi MC talent time
fatin= first-first ingatkan fatin ni pendiam.bila dah kenal peramah jugak.tehehe
miera= best pernah dapat satu group dengan awak
fadhilah=salah seorang keluarga kacang
marini= thanks coz bagi pinjam pendraif :)
aalya= si photographer yang berjaya
izyan= harap awak cepat sembuh ye :)
syuk= muka n gaya dia sama macam tomok woo!
hariz= comel bila buat muka ketat
bilal= ada je lawak yang dia suka buat
arol= abang comel kita yang tinggal dekat Sarawak.jauh gila.
sim= peramah gila bila dekat dalam bas nak pergi pahang.
pang= pandai berlakon jadi bumi waktu kebudayaan minggu pertama.tehehe.
hakeem= good luck untuk Qis.tehehe.....

fiera harap, lepas ni fiera dapat jumpa lagi dengan kawan-kawan dari gtech n guru-guru gtech.insyaALLAH.
Ok! sampai di sini sahaja kisah yang fiera hendak kongsikan. bye!!!!! :)

3 ulasan: