The Founder

Foto saya
hi i'm Fiera, 17 years old (2013) . I love to watch Hannah Montana on Disney , that's why i called myself Fiera Montana.

Isnin, 10 Oktober 2011

kerja kursus geografi 2011

setiap tahun, budak- budak pmr pasti kene buat kerja kursus.hari ni kita nak share la apa yang kita berjaya buat.tapi tak semua la fiera tunjuk,ni pun dah kira 75%. tahun ni untuk geografi dia ada bagi 2 tajuk,kita pilih satu, fiera pilih tajuk pasal " pencemaran alam sekitar" , fiera punya takdelah lengkap manapun, tapi bolehlah....dengan penat lelah=

=======================================================================
SENARAI  KANDUNGAN

     TAJUK                                                                                                              HALAMAN
1.      Penghargaan
2.      Pendahuluan
3.      Objektif Kajian
4.      Kawasan Kajian
5.      Kaedah Kajian
6.      Dapatan Kajian
7.      Rumusan
8.      Lampiran
9.      Rujukan
=======================================================================

PENGHARGAAN


Alhamdulillah dengan berkat usaha saya serta bantuan daripada beberapa pihak,

 akhirnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada:

·         Guru Geografi saya, Puan ____________ kerana telah membimbing serta menunjuk

 ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

·         Ayah saya, ______________________ kerana telah membantu dari segi kewangan

dalam menyediakan kerja kursus ini.

·         Rakan saya, _____________________dan _______________________________kerana telah menyokong saya dari belakang serta membantu saya mencari maklumat sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhirnya, dengan berkat bantuan kalian semua,saya dapat menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Sekian terima
kasih.
=======================================================================

PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
 Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar.
 Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang
 mempunyai pencemaran alam sekitar.
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana kawasan yang saya pilih amat terkenal dengan
pencemaran alam sekitarnya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari
 sehingga bulan Julai iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang
lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya
 kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan pencemaran alam sekitar tersebut

=======================================================================

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-obkektif kajian yang telah saya jalankan:-
·         Mentakrifkan konsep pencemaran alam sekitar
·         Menyata dan menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar
·         Menyata dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar
·         Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
·         Menghuraikan cadangan untuk  mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
Saya juga bersyukur kerana ramai penduduk prihatin untuk mengatasi masalah alam sekitar di
kawasan petempatan.
=======================================================================

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam – perbuatan
 mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

8.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran udara


Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang

 mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta

benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon

Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa

campuran bahan-bahan ini

Di kawasan petempatan kajian saya,iaitu ___________,dapatlah dijelaskan punca-punca

utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada kerja-kerja pembinaan,industri atau

 kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.


Pencemaran bunyi


Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan

telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi

 dan keinginan masing-masing.

Di kawasan kajian saya , pencemaran bunyi terhasil daripada kilang-kilang,

kenderaan-kenderaan, alatan eletronik dan kawasan-kawasan dalam pembinaan. Bunyi dari

 kilang yang bising akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak tenteram dan selesa.

8.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya
elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah
 menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik,
bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
 Contohnya industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang
berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala industri logam pula bertanggungjawab
mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar,
terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan
boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara,
pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan
mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas
ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi
yang tinggi. 
 
2. KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan
keretapi. . Di _____________, ramai orang yang menggunakan kenderaan untuk ke tempat
kerja supaya cepat sampai. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api  fosil, yang
menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat.

3. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan
 perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja
 menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair
 penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya
 menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga adalah punca pencemaran udara.

4. PEMBAKARAN TERBUKA

Ramai penduduk di kawasan _____________ kebanyakannya suka membuat kebakaran
terbuka. Ianya kerana, supaya pemandangan di ____________nampak cantik tanpa
longgokan sampah. Tetapi keadaan itu boleh menyebabkan pencemaran udara. Kadangkala
 para jiran berasa agak kurang selesa kerana ianya mengeluarkan bau yang busuk dan boleh
memedihkan mata.

8.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1.Masalah Pendengaran Manusia



Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga
Secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB,
selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan
ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi
kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan
 pendengaran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara
perlahan-lahan .
Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan
darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran
 pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan
mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.

2.Menggangu Persekitaran


Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu

 persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau. Pencemaran bunyi

menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta

 hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke

habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi

masalah kepada manusia juga.


3.Kesan Terhadap Lapisan Ozon


Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi 
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau
 CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk
 menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke
bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.


 4.Kejadian Hujan Asid


Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan
oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Ianya
berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindak balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi
asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke
 tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

 5.Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global


Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh

warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh lapisan
 ozon yang semakin nipis yang meningkatkan kenaikan suhu.
8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM     
      SEKITAR

1.KEMPEN ALAM SEKITAR
Pihak sekolah atau pihak berkaitan hendaklah mengadakan kempen bagi menyedarkan orang
ramai tentang pentingnya alam sekitar. Selain itu,kempen juga bertujuan untuk memberi
informasi yang cukup tentang pentingnya penjagaan alam sekitar dan mewujudkan
persekitaran yang sihat.

2.KUAT KUASA UNDANG-UNDANG
Kerajaan juga perlu mengkaji setiap permohonan untuk mendirikan kilang dengan teliti. Pihak
kerajaan harus memastikan agar tidak meluluskan permit kepada pihak yang ingin mendirikan
kilang atau industri yang berbahaya atau yang boleh mencemarkan alam sekitar. Ini penting
kerana buangan industri seperti bahan kimia, gas beracun, asap kotor dan pencemaran bunyi
 boleh mencemarkan alam sekitar dalam jangka masa panjang.
.
3.MENGGUNAKAN SUMBER ALTERNATIF YANG LAIN SEPERTI TENAGA SURIA,KUASA ANGIN ATAUPUN  KUASA OMBAK.

Stesen-stesen janakuasa di Malaysia dan kenderaan motor menggunakan bahan api seperti gas
asli, disel dan batu arang. Permintaan yang tinggi untuk elektrik menyebabkan stesen-stesen
jana kuasa beroperasi lama dan menggunakan bahan api yang melepaskan sulfur dioksida.
 Sulfur dioksida menjejaskan atmosfera dan segala kehidupan di bumi. Langkah paling bijak
adalah dengan mencari sumber alternatif seperti tenaga suria, kuasa angin ataupun kuasa
ombak yang tidak menjejaskan alam sekitar kita.

4.MENGEKALKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN

Dalam keghairahan menjadi negara industri, Malaysia tidak patut mengabaikan masalah
penebangan hutan. Negara-negara maju telah memusnahkan sebahagian besar hutan simpanan
 mereka sehingga kawasan tadahan mereka telah berkurang. Pengurangan kawasan tadahan
ataupun hutan simpanan bukan sahaja telah meningkatkan suhu, malahan menimbulkan
masalah kekurangan air bersih. Dengan mengekalkan kawasan hutan simpanan,
 kawasankawasan tadahan air adalah terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan
hujan. Selain itu, pemaju perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh di
tapak projek mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan perumahan. Selain
membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap karbon dioksida dan membantu
dalam proses pemeluwapan.

=======================================================================
PENUTUP


         Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap
dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah
 antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera
sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan hidupan lain saling berkait untuk terus
hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan
dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.
                  Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan
keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini,dunia mungkin akan menjadi semakin
kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak
langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara perlahan-lahan.
                  Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan
pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa
sekarang.
=======================================================================
melalui benda ni pun fiera boleh ambil iktibar...
jadi, jagalah alam sekitar kita dengan sebaik-baiknya
"SHARING IS CARING" :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan