The Founder

Foto saya
hi i'm Fiera, 17 years old (2013) . I love to watch Hannah Montana on Disney , that's why i called myself Fiera Montana.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Pertandingan Mencipta Video Merdeka 2011







heiyo! hari ni fiera nak bercerita tentang satu pertandingan video ni , fiera group dengan farrah,farahida dan fatin..., kitaorang nak masuk pertandingan ni untuk suka-suka, tapi harap-harap menang la, beribu-ribu woo dapat.video yang kitaorang buat masih dalam proses.just wait n see ya

ni kisahnya=

PENGENALAN
Pertandingan Mencipta Video Merdeka merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah “ICT dan Kemerdekaan”

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 5 minit dan pada umumnya bertemakan kemerdekaan dan kemajuan ICT dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
 1.Memupuk minat dan kreativiti di kalangan remaja Malaysia dalam mempromosi
    perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui ICT (cth: penciptaan video);
 
2.Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam
    industri kandungan kreatif;
 
3.Mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan
    kemerdekaan terhadap kemajuan Negara


Durasi Penyertaan : 3-5 Minit
Tarikh Penyertaan :  1 Ogos 2011
Tarikh Tutup Penyertaan: 7 September 2011
 

A.  Maklumat Peraduan:
     1. Pertandingan Mencipta Video adalah inisiatif dari Kementerian Penerangan,
         Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
         Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
     2.
Pertandingan ini dibuka dari 1 Ogos 2011 hingga 7 September 2011.
     3. Tema bagi produksi adalah ICT DAN KEMERDEKAAN dan mestilah
berbahasa
         Malaysia
.
B.  Kelayakan Pertandingan
    
1. Pertandingan Mencipta Video Merdeka ini terbuka kepada para pelajar sekolah
         menengah di seluruh Malaysia
     2.
Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia


C.  Terma dan syarat pertandingan
     
1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri
          daripada empat (4) orang pelajar.
      2.
Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 7 September 2011 kepada
          Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang lewat
          daripada tarikh tutup tidak akan diterima.
      3. Penyertaan hendaklah diantara 3-5 minit.      4. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau
          mesej khidmat awam.
      5.
Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan
          tidak menyinggung mana-mana pihak.
      6.
Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-
          mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
      7.
Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
      8.
Penyertaan adalah percuma.
      9.
Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi
          penerimaan
akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Mencipta Video
          Merdeka kepada pihak Sekolah.
    10.
Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
    11.
Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
    12.
Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak
          asli/diciplak.
    13.
Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik
          balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
    14.
Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan  
          dilayan.
    15.
Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan
          Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka menggunakan produksi tersebut
          bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
    16. 
Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi
          tujuan penyiaran.
    17.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
          dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
    18.
Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:
           a. Biodata peserta
           b. 2 salinan DVD produksi yang telah dilabel (lihat contoh seperti di borang penyertaan)
           c. Perakuan dari pihak Sekolah
           d. Perakuan penyertaan adalah kerja asli
    19.
Penyertaan perlu dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier ke alamat 
         berikut
:

           Sekretariat Pertandingan Mencipta Video Merdeka
           Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
           63000 Cyberjaya
           Selangor Darul Ehsan

HADIAH

     Hadiah tempat pertama  :   RM5,000 untuk setiap kumpulan beserta Ipad2, Piala dan sijil
                                             penyertaan setiap seorang
    
     Hadiah tempat kedua      :   RM3,000 untuk setiap kumpulan beserta iPhone4, Piala dan    
                                             sijil penyertaan setiap seorang
    
     Hadiah tempat ketiga      :   RM2,000 untuk setiap kumpulan beserta kamera digital, Piala 
                                             dan sijil penyertaan untuk setiap seorang
    
    
Hadiah saguhati X 7        :   RM500 untuk setiap kumpulan beserta sijil penyertaan
                                              untuk setiap seorang 



will update the pictures and video later :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan